foto city



SAjakK!!!


diam aku tak bermakna aku bisu atau pekak
senyum aku tak bermakna aku senang hati 
aku masih lagi bersabar dengan hidup aku sekarang
namun, tiada kebahagiaan yang datang ,,  kekecewaan dan penyeksaan yang datang



KAU
yang menyebabkan aku jadi begini
membiarkan aku tanpa arah
atas kesilapan yang bukan aku hajati.

KAU
telah mencorakkan hidup aku
dari cerah menjadi gelap gempita
melahirkan perasaan benci dan dendam
menyebabkan aku menjadi tiada arah.

KINI, kau
menyesal segala tindakan lama
yang pernah menjadi pemusnah hidupku
dan membuatkan aku tidak lagi percaya.

KAU, hanya sementara
menyedari hidup ku sudah musnah
atas segala kesilapan lampau
dan mencuba menyayangi aku semula.

KAU, 
adalah ketua keluarga
yang tidak mahu mengalah 
dan mengaku kesilapan yang kau lakukan.

Aku , masih lagi berpijak di alam nyata
mencari-cari pedoman hidup
yang  telah kau musnahkan dahulu.

Kini, aku tidak mahu berbalas
segala kesilapan yang kau lakukan
kerana kau telah 
yang mengajar aku erti hidup sebenar.

Harapanku, semoga kau 
sedari segala kesilapan lampau
dan menyesali segala tindakan kau
sebelum terlambat.

<<rintihan hati>>>