foto city



meNcaRi.. MenCaRii.....

sedar tak??... kita semua sering berlumba antara satu sama lain.... contoh nya, kita sering kejar harta dan kekayaan yang kononnya boleh bagi kita hidup senang.. lepas tu, tak ada siapa yang mampu nak lawan kita kalau kita sudah ada pangkat yang besar atau tinggi... pernah ke tak???

aku mengaku yang aku sendiri sedar hal ini... hal ini sering berlaku di sekeliling kita tanpa aku sedari... kadang2 nak tegur pun aku takut... ye lah, aku ne siapa kan nak tegur orang.... orang2 sekeliling aku, selalu bagitahu sama aku... nak senang dalam hidup kacang je... mesti ada duit... tapi, kalau nak duit kene lah belajar tinggi2 sampai PHD atau Master... baru senang nak dapat kerja yang gajinya tinggi.....kalau nak kahwin pun senang... sebab duit... 

BELAJAR... BELAJAR...BELAJAR..... ya hal ini selalu diterapkan oleh ibubapa aku... tapi aku kadang2 hairan... apa sebabnya diorang suruh aku belajar... bagi diorang, kalau tak belajar, maknanya teruk dan tak boleh diharap... kalau gagal, maknanya teruk dan memalukan... perkara ini pernah berlaku pada diri aku dahulu... hmm, kisah lama, zaman kegelapan bagi aku... tapi, yang sering bermain dalam fikiran aku selama ini... apa tujuan sebenarnya... suruh belajar untuk menuntut ilmu atau elak dari jatuh air muka mereka..disebabkan kegagalan orang lain... alasan yang diberi, adalah untuk kita hidup lebih senang di kemudian hari.. tapi kalau gagal, akan menyusahkan orang lain... betol ker????... apa yang aku nampak, yang hidup senang tak akan  fikirkan hal hidup orang lain terutamanya orang yang susah.. tp, yang hidup susah selalu fikirkan orang2 disekililng mereka tak kira kaya atau miskin... dan realitinya, orang hidup senang ne juga yang akan meminta pertolongan dari orang susah...fikir2kan lah.. 

aku sering terfikir hal ini.. kadang2 boleh buatkan aku takut untuk teruskan hidup aku... kadang2 juga apa yang aku fikirkan ini dapat menyedari aku erti kehidupan yang sebenar.. iaitu hidup ini adalah tidak mudah disangkakan... manusia boleh benci sesama sendiri... disebabkan ketidakpuasan dalam diri... 

apa yang aku ingin aku kejarkan ialah erti kehidupan disebalik warna kegelapan... kita sekarang ni sedang melalui warna kegelapan tanpa kita sedari.. tak percaya, cuba kita fikirkan balik... ada tak kita pernah pandang seseorang ni dengan sebelah mata atau merasakan dunia ni semakin kejam... itulah yang kita alami selama ini... warna kegelapan yang boleh menkaburi pandangan kita dari kasih sayang yang sejati..

maaf sekali lagi.. kalau blog aku ini agak membosankan... boleh dikatakan merepek tak tentu arah... tapi, apa salah nya aku ingin berkongsi bersama apa yang aku sering berfikir... aku tetap belajar, bukan bermakna aku ingin senang sahaja.. tetapi, untuk aku melihat dunia disekeliling aku lebih jelas lagi... dan juga untuk menunaikan tuntutan Illahi iaitu menuntut ilmu... insyaallah...