foto city



KeBahagiaan, kaSiH SayaNG, keTakWaan

setiap manusia ingin kesempurnaan hidup.. tapi, tak pernah terfikir bagaimana mahu menyempurnakan hidup... aku sendiri masih lagi mencari apa itu kesempurnaan hidup sebenarnya...


kata orang lain:
" kalau mahu hidup sempurna, kenelah belajar sampai Degree or PHD... lepas tu, cari harta yang banyak dan dapatkan pangkat yang tinggi "


kata orang lain 2:
" hidup sempurna yang diimpikan, sebuah bangalow yang mewah, kereta yang mahal, memakai pakaian import sahaja, dan ingin melancong satu dunia.. "


kata orang 3:


" nak hidup sempurna ini, kene lah cari duit yang banyak.. supaya senang sikit hidup.. tak payah mintak tolong dengan orang... lepas tu, baru orang nak hormat kan kita.. sebab kita dah senang dengan duit yang banyak dan pangkat yang tinggi... "....


... tp, bagi aku kesempurnaan hidup ak sendiri carikan ialah... KEBAHAGIAAN, KASIH SAYANG, DAN KETAKWAAN KEPADA ALLAH SWT...hidup kalau penuh duit pun, ade jugak yang tak puas hati dalam hati.. bagi aku, kesederhanaan hidup itu lebih afdal agi kalau kita nak hidup selesa...


KEBAHAGIAN:
Hal ini, kita semua impikan kebahagian hidup.. tapi, apa erti bahagia sebenarnya.. pada pendapat aku, untuk mencapai kebahagian, kita perlulah bahagia kan hati kita dahulu.. bersih kan hati kita dari sifat benci, bongkak, hasad dengki, cemburu dan lain-lain lagi.. penuhi hati kita dengan perasaan kasih sayang dan cinta sesama manusia.. adakah kita tahu apa itu kasih sayang... hmmm..




KASIH SAYANG:
Semua perlukan kasih sayang... tak kira tua atau muda, miskin atau kaya, orang bawahan atau orang atasan, bos atau pekerja bawahan.. untuk teruskan hidup, tanpa kasih sayang.. sukar bagi kita membuat keputusan dengan baik.. tanpa kasih sayang, hati kita ini akan penuhi dengan hasad dengki, cemburu, sifat benci sesama manusia, dan ketidakpuasan hati.. bila aku terpikir benda ini semua, takut rasanya.. melihat dunia luar, ada sahaja manusia ada sifat macam ne.. untuk berkasih sayang, kita perlulah sayang-menyayangi sesama manusia... namun, jangan lupe kepada pencipta alam ini.. yang menciptakan manusia dengan sifat sempurna anggota badan dan akal fikiran... selalu tak kita terleka dengan kekuasaan yang Maha Esa... ??????




KETAKWAAN KEPADA ALLAH SWT:
Apabila kita sudah bahagia, dan kasih sayang yang sempurna.. janganlah kita lupa kepada Tuhan kita... dia lah, menciptakan kita di atas dunia ini... kadang2, kita terlampau leka dengan hiasan dunia ne, sampe kita boleh tinggalkan syariat islam ini tanpa disedari.. kita tak boleh menilai iman kita seperti kita menilai prestasi akademik atau kerja dengan peperiksaan.. itu semua, adalah di tangan tuhan... hidup di atas dunia, kita perlu penuhi amal ibadat kita dahulu.. lengkap lima waktu solat setiap sehari.. lepas itu, sentiasa membuat amalan sesama kita...




... hal ini terdetik di fikiranku, semasa aku kerja di tempat kerja aku sebelum ini .. aku kagum dengan mak cik cleaner di tempat aku.. dia sudah lama kerja disitu, tapi gaji dia tak pernah dinaikkan walaupun harga barang semakin naik... kalau naik pun, dari RM600.00 - RM 800.00.. cuba bayangkan hidup kita macam tu, apa kita rasa.. mesti sakit hati kan.. aku pernah tengok sendiri seisi keluarga mak cik ni... semua nya bahagia. ibarat kan mereka sudah sampai kesempurnaan hidup.. masalah yang mereka hadapi, mereka selesaikan dengan baik dan sempurna...


......tapi, kita kadang2 terikat dengan kehidupan sekeliling kita.. ini memang tidak dinafikan.. hal ini, tak bermakna kita tak perlu kerja untuk mencari duit bagi menampung hidup... aku tak bermaksudkan begitu... maksud aku, ialah dengan kebahagian , kasih sayang , dan ketaqwaan kepada
Allah swt dalam hati kita.. akan kita merasai kesempurnaan hidup tanpa kita sedari..
duit memang perlu dalam hidup kita sekarang, tapi duit ini juga bahaya kalau kita terlampau taksub mencari..





" kesempurnaan hidup, bkan trletak pada kelebihan,pendidikan,harta dan sikap seseorang.. ttp, trletak bgaimana seseorang itu menyempurnakan hidupnye.. dngan cermat dan teratur.. hnya memenuhi ruang yg kosong dan kekurangan shje.. pkir2 kan lah... hmmm...... "... < ini aku tuliskan di wall facebook aku dulu .. >..

4 comments:

  1. Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia
    Sistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
    Memiliki 9 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
    Link Alternatif :
    arena-domino.club
    arena-domino.vip
    100% Memuaskan ^-^

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,

    Salam perkenalan Eida,

    Akak sukalah baca blog awak, walaupun ianya sekadar luahan hati dan pendapat peribadi tapi banyak yg akak belajar daripada penulisan awak. Penulisan awak mengingatkan diri akak. Teruskan menulis! Just be yourself ;)

    Salam perkenalan dan selamat berpuasa
    Hana

    ReplyDelete
  3. How to Play baccarat - Baccarat 101 - Worrigione
    Baccarat is an 메리트 카지노 고객센터 American table game with 샌즈카지노 a Baccarat is also commonly used 바카라 as a baccarat game when used on the table.

    ReplyDelete