naluri hati atau kata hati... pernah tak terfikir hal ni.... mari kita berfikir... (^<^)...
hal ini sering berlaku bila kita sedang membuat sebarang keputusan... kata orang, " ikut kata hati, disitulah ada jawapannya" ... dan ada juga yang berkata, " jangan ikut sangat kata hati tu, nanti merana diri nanti"... hmm, konfuis sekejap...
Naluri Hati : mengikut dari Kamus Dewan; Naluri : ia adalah desakan hati untuk melaksanakan sesuatu, tabiat semula jadi ataupun keinginan mahu tahu adalah satu... < bagi pendapat aku, naluri hati itu adalah kehendak hati kita apabila ia berdetik seketika sewaktu kita mengambil sebarang keputusan atau menginginkan sesuatu >... betul ker..???!!!...sama jer maksud....
- bagi aku setiap seorang mesti ada naluri tersendiri yang kita sendiri tak sedar... benda ini selalu berlaku... keinginan yang tiada batasan untuk melakukan sesuatu menyebabkan sebarang keputusan diambil menjadi lebih sukar...
Kata Hati : mengikut dari Kamus Dewan; Kata : sesuatu yang diucapkan (dituturkan) ataupun gabungan dari kesatuan bunyi yang mengandungi atau menyampaikan pengertian tertentu.. Hati : organ di dalam badan yang berwarna perang kemerah-merahan terletak di dalam perut di sebelah kanan ataupun batin tempat perasaan seseorang .... < jadi apa maksudnya ????... >
-pendapat aku, kata hati itu ialah apabila hati kita ingin mengatakan sesuatu yang tidak diluahkan dengan pertuturan dan ia sering bermain dalam fikiran... sama macam aku, hati aku selalu berbisik tentang sesuatu... hehehehehe
JADI KESIMPULANNYA :
- ia membawa erti yang sama.. iaitu membuat sebarang keputusan mengikut mengikut naluri hati atau kata hati.. TAPI APA BEZANYA : kalau naluri hati, ia adalah tabiat semulajadi/keinginan yang kita sendiri tidak boleh mengetepikan... kadang-kadang naluri ini juga sering berubah mengikut keadaan persekitaraan yang kita lalui.. Misalnya.. : dahulu kita seorang remaja, jadi naluri kita ketika itu ingin melakukan sesuatu yang mengembirakan dan merasaikan keseronokan alam remaja.. tapi sekarang, naluri kita ingin mendapatkan pekerjaan tetap yang dapat menampung hidup kita sepanjang masa dan mampu menyelesaikan sebarang masalah dengan baik.. kalau kata hati, ia adalah sejenis bisikan kata-kata yang mampu membawa kita ke arah kebaikan ataupun keburukan... hal ini kerana, kita sendiri tidak sedar akan perasaan kita sendiri alami.. mengapa aku kata membawa kebaikan atau keburukan... kerana, bila kita keadaan kita marah... kita tidak dapat mampu melakukan/membuat sebarang keputusan dengan baik disebabkan perasaan marah...hati yang marah dapat menguasai minda kita menyebabkan kita diluar kawalan... begitu juga sebaliknya...
JADI APA TINDAKANNYA : hal ini kita sendiri yang buat keputusan, "tepuk dada, tanya selera"... ikut kemahuan anda... dimana anda semua ingin pilih... saya tak kata ikut naluri hati lebih baik dari kata hati...begitu juga sebaliknya.. perkara ini kita tidak dapat elakkan...kerana ia berlaku tanpa kita sedari.... yang mampu saya katakan... selepas apa kita rasakan dari naluri hati/kata hati... berfikir dahulu mengikut logik akal.. jangan berhenti berfikir... selepas itu, lakukan lah tindakan sepatutnya dan hadapi sebarang risiko darinya... itu sahaja yang saya mampu katakan...
P/s:- simple sahaja,, iaitu apabila kita sukar melakukan sesuatu keputusan... tanyalah hati... samaada naluri hati/ kata hati... apabila nampak hasilnya, lakukan kan lah terbaik.. tetapi jangan lupa untuk berfikir tentang hal ini... sebarang risiko yang bakal hadapi... terimalah seadanya...dan jangan lupa berdoa pada yang Esa.. ..